Resep Agar Agar Lapis Santan Gula Merah Enak dan Lembut

Pada kesempatan kali ini kita akan berkreasi tentang cara membuat agar-agar gula merah yang berlapis santan. Agar-agar merupakan salah satu jenis bahan makanan yang biasanya sudah dikemas dalam bentuk bubuk yang terbuat dari rumput laut. Agar-agar bubuk yang sudah diolah menjadi makanan yang sangat enak dan memiliki tekstur yang sangat kenyal dan memadat.
resepi-agar-agar-lapis-gula-merah-gula-melaka

Bahan A

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 300gm gula merah / gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 250gm gula
  • 100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
  • 1 helai daun pandan
  • Loyang 10″ (basahkan dahulu)

Cara-cara :

  1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
  2. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
  3. Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
  4. Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
  5. Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah. cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.
Sumber : anekaresep